GARLIC


APAKAH KHASIAT BAWANG PUTIH???

Garlic 

Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. 

Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.

GARLIC

Bawang putih mengandungi kadar karbohidrat yg tinggi, sedikit protein, serat dn sedikit lemak.Ia juga mengandungi byk vitamin dn bahan galian yg penting utk kesihatan terutamanya vit c, zat besi dn potassium. Kajian juga menunjukkan org yg mengambil 10ulas bawang putih selama sebulan boleh menambahkn bhn anti-beku dlm darah.

Antara kebaikan bawang putih untuk kesihatan:

1. menolong mengurangkan tahap kolestrol.
2. mengurangkan tekanan darah tinggi.
3. merangsangkan organ hati mengeluarkan gula dari darah.
4. meredakn sakit sendi yg disebabkan bengkak.
5. menghapuskan bakteria.
6. merangsang sistem kekebalan.
7. mengurangkan serangan lelah.
8. melegakan kekejangan dsebabkn haid,otot,kebas kaki dan tangan.
9. melambatkan proses penuaan.
10. pencegahan kanser.
------------------------------------------------
Antara produk yg laris d jual adalah garlic. Garlic shaklee yg unik dgn mengekalkan komponen semulajadi bawang putih segar termasuk pembentukan alisin.Mengabungkn bawang putih,spearmint dn rosemary. 2 biji garlic bersamaan kita mkn 1 labu bawang putih.
Memandangkan begitu banyak khasiat bawang putih ini adalah d cadangkan mengambil garlic shaklee sebagai penambahan.

Membantu mengekalkan tekanan
 darah normal
Kajian menunjukkan yang bawang putih berupaya meningkat kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolestrol apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet harian yang sihat. Kajian makmal menunjukkan yang Allicin, sebatian yang terdapat di dalam bawang putih, mempunyai pelbagai manfaat termasuk dalam memberi sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma lain dalam:
Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol.
Menggalakkan kesihatan kardiovaskular.

Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting.
Formulasi Shaklee yang unik.

Menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary.*

0 ulasan:

ZINC COMPLEX



ZINC merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

ZINC COMPLEX SHAKLEE merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetobalismekan karbohidrat, lemak dan protein. 


17 Kebaikan @ Kelebihan Daripada Zinc Complex Shaklee.



1. PENJAGAAN KULIT
Kajian menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat.
Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan turut berkuasa daripada penggunaan ubat-ubatan antibiotik.

2. EKZEMA
Ekzama juga dikenali sebagai ‘dermatis atopik’ iaitu gangguan keradangan dan kulit yang kronik.
Ia berlaku akibat kekurangan zink dalam badan.
Zink memainkan peranan pening dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan sembuh dengan sempurna.

3. JERAWAT
Zinc adalah penting dalam memadamkan jerawat daripad kulit.
Ia bertindak mengawal dan menyelia jumlah testosterone di dalam badan yang memainkan peranan terbesar dalam menyebabkan jerawat.
Zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

4. PENYEMBUHAN LUKA
Kekurangan Zinc menyebabkan luka lambat sembuh.
Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc.
Zinc menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.


5. GANGGUAN PROSTAT (kelenjar dalam system repoduksi lelaki)
Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat.
Kekurangan Zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser.
Pengambilan Zinc amatlah perlu dalam mencegah kanser prostat.

6. MENURUNKAN BERAT BADAN

Zinc memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan megawal selera makan.

7. MENGANDUNG
Zinc amat penting untuk fungsi DNA dan pembaikian DNA.
Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsure-unsur utama sel semasa kehanilan.

8. PEMBIAKAN
Bagi kaum lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks.
Bagi kaum wanita, ia membantu dalam fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

9. FUNGSI BIOLOGI
Zinc berperanan dalam banyak fungsi biologi seperti kawalan penyakit kencing manis, tahap strees, rintangan imun, bau dan rasa, pertubuhan fizikal, selera makan, pembiakan dan penghadaman.

10. JANGKITAN
Zinc memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu menggalakkan pertumbuhan janin.
Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru.

11. ANTIOKSIDAN
Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisma karbohidrat.

12. ATURAN ENZIM
Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan Zinc.

13. KELESUAN KRONIK
Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan. TETAPI dalam keadaan sekarang, meminum minyak ikan adalah sukar. Melalui Zinc Complex Shaklee, pengambilan secara tablet amat memudahkan.
Doktor dan pakar perubatan hanya menyarankan Zinc untuk mencegah keletihan kronik.

14. BOTAK
Botak ialah kehilangan rambut bagi semua golongan.
Pengambilan diet yang mengandungi Zinc amat diperlukan untuk mencegah masalah ini.
Pakar Rambut dari Yun Nam Hair Care turut menyarankan mereka yang bermasalah rambut memperbanyakkan pengambilan ‘Peanut Butter’ kerana kaya dengan Zinc.

15. KEHILANGAN TULANG
Ini terjadi apabila tulang menjadi lemah dan rapuh.
Zinc adalah komponen hydroxypatite iaitu garam dan membuatkan matriks tulang menjadi kuat dank keras.
Mengambil Zinc Complex Shaklee mampu mengelakkan anda dari kehilangan tulang.

16. BUTA MALAM
Pengambilan Zink akan memperbaiki penglihatan.
Kita sentiasa dinasihatkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan Zinc seperti daging lembu, kambing, ketam, dan tiram.

0 ulasan:

JAMU MODEN - ALFALFA


1 ulasan:

GLA COMPLEX VS OVARIAN CYST



OVARIAN CYST: ADAKAH IA MERBAHAYA? PERLUKAH DIBUANG?
Assalamualaikum semua!

Sejak akhir-akhir ini kes ovarian cyst ni dah menjadi semakin berleluasa di kalangan wanita di Malaysia. Semakin hari, semakin ramai juga wanita sama ada tua atau muda yang menghubungi saya untuk meminta bantuan untuk membantu menyelesaikan masalah cyst mereka. Bagi mereka yang sedang berusaha untuk hamil, ovarian cyst boleh mengganggu kebarangkalian mereka untuk hamil. Malah, pada sesetengah kes, ovarian cyst ini boleh bertukar menjadi ovarian cancer tau! >.<

So, apa itu OVARIAN CYST sebenarnya?

Ovarian cyst merupakan satu bentuk ketumbuhan yang secara majoritinya terdiri daripada cecair di dalam dinding selaput yang nipis. Ovarian cyst terletak di dalam ovari seorang wanita dan kebiasaannya lewat untuk dapat dikesan kewujudannya. Ketumbuhan ini boleh menjadi semakin membesar dari sebesar saiz sebiji batu kecil, sehinggalah ke saiz sebiji buah tembikai.

Menurut kata Dr.Zubaidi Hj.Ahmad, Ovarian Cyst bukanlah bersifat penyakit. Dr.Zubaidi juga berkata, 

"Pada wanita yang normal, setiap kali kitaran haids, organ ovari akan membentuk gelembung dinamakan ovarian folikel. Ia mengandungi ovum, yakni benih wanita. Selepas ovum dikeluarkan, ovarian folikel ini akan mengecut, tetapi ada sesetengahnya terus membesar melebihi 2cm. Ini dinamakan ovarian cyst." 

Kebanyakan wanita mula sedar yang mereka ada Ovarian cyst selepas menjalani ujian ultrasound untuk mengenal pasti tahap kesuburan mereka. Ovarian cyst yang normal akan membesar dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional cyst. Ia tidak merbahaya melainkan jika saiznya semakin membesar dan terus membesar.


Contoh ovari yang mempunyai cyst


Saiz dan tahap risiko bagi wanita yang mempunyai cyst

Perlukah ovarian cyst dibedah?

Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setaip pesakit. Oleh itu, setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui cara pembedahan. Pembedahan hanya akan di lakukan dengan tiga tujuan.

1) Untuk melakukan Biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu akan diambil bagi menentukan sama ada kanser atau tidak.
2) Membuang ovarian cyst itu jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakt. Contohnya sakit perut, kitaran haid yang tidak betul dan sebagainya. Atau jika saiz diameter ovarian cyst melebihi 5cm, kerana dibimbangi ia akan pecah dan ada kesan-kesan lain.
3) Untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari yang mulanya disangka ovarian cyst biasa tetapi kemudiannya disahkan sebagi ovarian cancer. Semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari.

Bagi ovarian cyst yang bukan kanser dan tidak mendatangkan masalah kepada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan dipertimbangkan jika berlaku perkara-perkara berikut;

>> Ovarian cyst berlaku di kedua-dua belah ovari.
>> Ovarian cyst melebihi saiz 5cm.
>> Ovarian masih kekal saiz walaupun selepas menunggu 2-3kali kitaran haid.
>> Pemeriksaan ultrasound menunjukkan Ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa.
>> Pesakit tidak pernah mengalami kitaran haid langsung.
>> Menggunakan pil perancang kehamilan.
>> Pesakit telah menopause.
>> Pesakit adalah gadis remaja.

Adakah supplement Shaklee yang boleh membantu wanita yang mempunyai ovarian cyst ini?

YA! GLA COMPLEX adalah jawapannya!




GLA COMPLEX berfungsi menstabilkan hormon dan sangat baik diambil oleh wanita, ia menjaga dalaman dan kesannya, sangat baik. Dengan bahan asasnya minyak Bunga Borage, minyak biji bunga matahari serta Vitamin E semulajadi, GLA Complex juga mampu untuk:

» Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
» Membantu meningkatkan kesuburan
» Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
» Membantu dalam menangani menopaus
» Mengecilkan saiz cyst
» Menguatkan kuku dan rambut
» Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
» Membantu menangani ekzema
» Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
» Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
» Menguatkan imuniti tubuh
» Memperlahankan proses penuaan
» Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
» Mengawal kencing manis dan darah tinggi
» Mengawal kolesterol
» Untuk fungsi saraf


0 ulasan:

Kelebihan VIVIX



Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya :
• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh

Di Shaklee, satu produk yang berjaya mencetuskan revolusi terbaru iaitu anti penuaan selular VIVIX adalah jawapan untuk masalah-masalah di atas.
10 KEBAIKAN VIVIX!
1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan

0 ulasan:

Meal Shake Untuk Semua

Shaklee Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anda.

Sediakan vitamin dan mineral penting-nutrien asas yang anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja perlu untuk terus kuat dan sihat.

Sumber terbaik serat pemakanan dan protein

Sumber pekat kalsium

Index glisemik rendah




Siapa yang perlukan Meal Shakes Shaklee?


Sesuai untuk semua kanak-kanak terutamanya yang kurang selera makan atau yang sembelit ataupun boleh juga di minum oleh kanak-kanak obesiti. Selain itu, ia juga sesuai untuk sesiapa sahaja ( Ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit yang dalam proses pemullihan selepas operation, mereka yang inginkan kulit cantik, ingin kekal sihat). Dicipta juga untuk anda yang tidak gemar supplemen dalam bentuk tablet kerana Mealshake ni datang dalam bentuk serbuk, dibancuh jadi minuman yang sangat lazat. MealShake ini juga bagus untuk mereka yang ingin menambah atau memantau berat badan.


6 fakta menarik tentang Meal Shakes:


1. Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z, Mineral dan ‘Trace Mineral’.

Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.

*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.


2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel

Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.

*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.


3. Untuk Pembesaran

Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

*Sesuai untuk tumbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.


4. Anti-oksida

Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.

*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit

Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.

*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox

Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.

*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

~ Rasa yang lazat digemari tua dan muda.Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi,nutrien yang diperlukan oleh badan, tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.

Pelbagai resepi utk menikmati MealShakes♥♥

Antara kelebihan Mealshakes adalah:
  • meningkatkan tahap imuniti anak khususnya bagi yang kerap demam, batuk dan selsema
  • membuka dan meningkatkan selera makan khususnya bagi anak-anak yang picky eater
  • membantu mengatasi sembelit bagi anak-anak
  • membantu mengatasi masalah asthma
  • membekalkan zat dan nutrien lengkap yang diperlukan anak-anak bagi tumbesaran yang lebih sihat dan sempurna

Meal Shakes juga sesuai utk seisi keluarga.

0 ulasan:

Penyusuan Bajet

BABY MERAGAM ? KURANG SUSU BADAN ? SELALU LETIH LEPAS BERSALIN ?

Set Penyusuan Shaklee Paling Bajet Gila!
Makin HOT Set Penyusuan Shaklee sekarang, dah masuk ke dalam list MUST HAVE ITEM bagi ibu-ibu yang baru melahirkan dan mahu menyusukan anak. Pelbagai Set Penyusuan Shaklee yang ditawarkan, semuanya bergantung pada poket-poket ibu sendiri. Bukan saja ‘breast’ penuh dengan susu hingga memancut-mancut, malahan susu akan menjadi lebih pekat kerana penuh dengan khasiat dan vitamin. Lagi yang menariknya tentang set yang HOT ini ibu sendiri menjadi lebih sihat dan bertenaga. Tiada masalah sakit badan untuk bangun berkali-kali menyusukan anak, mengepam di tempat kerja juga melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.

Alhamdulillah, dengan Set Penyusuan Shaklee kerja menyusukan anak, mengepam susu dan membuat kerja rumah menjadi ‘kacang’. Dalam diam-diam makin ramai ibu yang telah percaya akan kehebatan Set Penyusuan Shaklee nie. Takkan nak tengok je ibu-ibu lain berjaya menyusukan anak, kita sendiri pun mestilah mahu menyusukan anak kan, jika boleh hingga usia 2 tahun.
Jangan risau, usah runsing, Set Penyusuan Shaklee tidak lah mahal sangat sehingga pokai duit bulanan. Memperkenalkan Set Penyusuan Shaklee Paling Bajet Gila, gabungan Energizing Soy Protein(ESP) dan juga Alfafa insyaAllah mampu membuat ibu senyum meleret. Mana tak senyum meleret, bila susu yang biasa 3oz menjadi 5oz hingga 8oz sekali pam. Juga ibu menjadi lebih bertenaga.
Sebenarnya ESP dan Alfalfa bukan saje dapat memudahkan ibu terus menyusukan anak walaupun bekerja. Ianya lebih dari itu, jom tengok kelebihan masing-masing:
Kelebihan ESP:
√ Kulit semakin cantik, gebu, halus dan berseri
√ Parut di muka jadi pudar
√ Tenaga berpanjangan pagi ke malam
√ Kurang letih
√ Memberi rasa kenyang yang agak lama, sesuai bagi ibu yang nak menghilang berat badan
√ Sistem perlindungan badan semakin bagus
√ Mengawal paras kolestrol
√ Menyokong kesihatan jantung dan prostat
√ Penyerapan vitamin lain lebih baik dengan ESP
√ Mengurangkan alergik
Kelebihan Alfalfa:
√ Sistem penghadaman lebih baik
√ Mengawal kolestrol dalam darah
√ Membuang toksik dalam badan
√ Mengurangkan masalah gastrik
√ Membantu merawat keputihan
√ Mengelakkan bau badan (tak payah beli deodorant)
√ Mengurangkan asthma
√ Memberi kesan ‘Kacip Fatimah’
√ Meningkatkan kesuburan
√ Juga, hubungan suami isteri menjadi lebih HOT!
Tak kan hati tak tertawan, tak perlu fikir banyak-banyak kali, inilah Set Penyusuan Shaklee Paling Bajet. Harga yang super bajet dengan kebaikan yang bermacam-macam. Baju cantik, beg cantik boleh je disambarkan, apatah lagi sesuatu yang baik untuk ibu dan si kecil. Jom sambar sekarang !

0 ulasan:

COQ Health


ʘ Mengandungi Koenzim Q10 yg penting utk sel tubuh bagi menghasilkan tenaga sendiri untuk kekal berfungsi
ʘ Mengandungi kesemua proprieteri semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan estrak teh hijau
ʘ Mengelakkan penyakit kardiovaskular termasuk arteri tersumbat
ʘ Digunakan untuk merawat penyakit kanser seperti kanser payudara dan membantu pesakit yg menerima rawatan kemoterapi
ʘ Membantu meningkatkan penghasilan insulin yang membantu pesakit diabetis
ʘ Merawat masalah penyakit gusi
ʘ Membantu merawat pesakit Parkinson
ʘ Membantu meningkatkan tahap kesuburan dan jumlah sperma

Manfaat lain Co Enzim Q10 :
1- kesihatan kardiovaskular
2- menangani penuaan
3- menangani tekanan darah tinggi
4- menangani keletihan
5- kesihatan ginjal
6- Migrain
7- Kesihatan saraf & otak
8- terapi Statin
9- menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
10- kesuburan lelaki
11- kesihatan pergigian

0 ulasan:

Kebaikan Lecithin

Bukan Sekadar Kurus !
Lecithin bukan sahaja dapat membantu memecahkan lemak dan  menurunkan kadar kolesterol, malah sesuai untuk diambil Ibu-ibu yang menyusu ! PERHATIAN , JANGAN ambil ubat kurus sebarangan yang tiada pengesahan KKM.

Lecithin bagus untuk ibu menyusu yang mahu kurus, slim, ramping dan langsing.
Jom tengok apa lagi kebaikan  Lecithin
  1. Lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.
  2. Lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.
  3. Lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
  4. Lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
  5. Lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf.
  6. Lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
  7. Lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
  8. Lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
  9. Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.
  10. Lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS

0 ulasan:

Mengenai Saya

Name: Rita Zaharah Sulong

Occupation: Teacher

Guru Kanan Sc & Math At SMK Mak Lagam Kemaman, Terengganu. Teaching Chemistry form 4 & 5.

Bac sc with education at univ putra malaysia. Major Chemistry & Science

Married to Che Wan Muhammad Faris Che Wan Mohamad

Working at Pro Act Engineering, Kemaman, Terengganu

Have 5 children. 2 boys & 3 girls.


Hubungi

SID 960061

Pegedar Sah Shaklee Kawasan Chukai, Kemaman Terengganu

Fon 0199196450

FB : rita.zaharahsulong

WhatsApp 01111032750
Copyright © 2013 MamaZaimVits and Blogger Templates.Developed by Tingkatlima Ventures.